APA ITU TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA)

LATAR BELAKANG

Berdasarkan Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025, Kementerian Pelajaran Malaysia komited di dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya di dalam pasaran kerja berteraskan nilam Islam yang kukuh. Pada 7 Disember 2013, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin telah mengumumkan Model Pendidikan Islam Ulul al-Bab diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara mulai tahun 2014.

Idea yang dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia II, Datuk Seri Idris b. Jusoh ini mula dilaksanakan secara rasminya  di SMK Agama Kuala Lumpur bermula pada 16 Januari 2014 dengan pengambilan pertama seramai 150 orang pelajar dan 15 orang guru. Tahfiz Model Ulul al-Bab (TMUA) merupakan gabungan antara Kurikululam Kebangsaan, Kurikulum Bersepada Tahfiz (KBT) dan Program Ulul al-Bab yang berasaskan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

 

HALA TUJU

TMUA (Tahfiz Model Ulul al-Bab) merupakan nilai tambah kepada sistem Pendidikan Agama yang dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM. Murid-murid yang lahir dari sistem ini dijangka akan memenuhi keperluan guna tenaga profesional yang hafiz serta mempunyai pegangan agama yang kukuh.

OBJEKTIF

TMUA dilaksanakan bagi mencapai objektif melahhirkan modal insan yang ;

Menghafaz 30 juzuk al-Quran

Profesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah

Berketerampilan, berwibawa dan berkepemimpinan

Mengoptimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif; dan

Boleh menjalin hubungan dengan Allah s.w.t, sesama manusia dan melestarikan diri dengan kejadian alam berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah

Pendekatan Quranik 

Murid menghafaz 30 juzuk al-Quran serta memahami kandungan berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar ( BIFFAS ). Murid akan mempelajari serta mengikuti mata pembelajaran Hifz al-Quran dan Maharat al-Quran.

Pendekatan Ensiklopedik

Menyediakan kaedah asas kepada murid untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa, berkemahiran tinggi dan mampu bertindak sebagai pakar rujuk pada masa akana datang.

Pendekatan Ijtihadik

Menyediakan murid yang berupaya memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif. Pendekatan ketiga-tiga elemen akan dilaksanakan secara bersepadu melalui pengintegrasian antara kurikulum dan ko-kurikulum.

==============

RUJUK MAKLUMAT INSTITUSI ALIRAN TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB DIBAWAH 

==============

MRSM ULUL ALBAB

SBP ULUL ALBAB

SMKA ULUL ALBAB

==============

JOM KENALI

USTAZAH SYAHRUL HANINAH (AL HAFIZAH)

Pakar Jurulatih Hafazan Al Quran

==============